[ RESEPI ] AYAM GORENG ALA KICAP ....


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,hari ini saya nak kongsikan satu resepi buatan saya sendiri,nak tahu sedap ke tidak,jom lihat resepinya...

AYAM GORENG KICAP ALA BUJANG

Bahan-bahannya

300 gm Ayam (ambil bahagian isinya dan ptong dadu )
3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
2 sm Halia
5 sudu besar Kicap Pekat
6 Helai Daun Bayam Hijau
1 Sudu Kecil Lada hitam
1 Sudu Kecik Sensoning sos perasa
Garam secukup rasa





Cara-Cara Membuatnya :

1 - isi ayam dipotong dadu...

2 - panaskan minyak terlebih dahulu...

3 - setelah minyak panas dan masukkan bawang putih,bawang merah dan halia (dicincang halus).

4 - bila bahan-bahan tadi kekuningan dan telah naik bau,masukkan isi ayam,goreng isi ayam sehingga nampak kekuningan dan betul-betul masak...

5 - kemudian masukkan sayur bayam hijau,sensoning sos perasa,garam dan lada hitam...

6 - kacau sehingga semuanya sebati dan betul-betul masak...

7 - angkat dan tuangkan ke dalam pinggan dan sedia untuk di hidangkan...



sekian ''terima kasih '' maaf jika ada kekurangan dari resepi saya pada kali ini,cuba dulu baru komen,tak cuba tak tahu sudah cuba baru tahu ...

cuba jangan tak cuba ok!!!
Previous
Next Post »