[ RESEPI ]

Maaf kepada blogger http://husnazahidi.blogspot.com/ , saya copy paste dari blog saudari....

Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Bahan-Bahan Kuih Keria

500gram ubi keledek oren/putih
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan-bahan Sira Gula Melaka

2 keping gula Melaka
1 sudu besar gula putih
1 cawan air
¼ cawan air
1 sudu besar gula batu **jika ada
1 sudu besar gula merah **jika ada

Cara-caranya:

1. Memula buang kulit si keledek tu.. husna guna peeler je senang, tak payah risau kot terbuang sekali dengan isi.. Kemudian rendam sekejap, lepas tu rebus..

2. Nampak macam ubi dah lembut, tos dan lenyekkan guna benda alah macam dalam gambar tu.. Kalau tak dak boleh je guna bontot gelas.. Kemudian uli dengan bahan-bahan kuih keria tadi; tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat..

3. Bila tepung dah jadi doh, bermula laa sesi nak membentukkan si keria tu.. Adunan ni dapat dalam 19 ketul kuih keria, cukup laa satu keluarga sekali makan..

4. Selesai membentuk, panaskan minyak dan bolehlaa mula menggoreng.. Sementara tu dapur kosong kat sebelah boleh guna buat sira gula melakanya..

5. Dalam kuali yang berlainan, masukkan kesemua bahan sira gula melaka tadi.. Kalau guna gula gerek tak perlu dah nak tapis tapi kalau guna gula merah mesti kena tapis lepas dah cairkan sebab mama husna cakap boleh jadi dalam tu ada ketulan bendasing..

6. Lepas dua ketul gula gerek tu dah cair, masukkan kesemua kuih keria yang selesai digoreng tadi.. Kacau dan ratakan gula Melaka pada setiap kuih keria..

7. Sepatutnya tunggu beku sedikit gula tu, tapi kuih keria tengah dalam kuali pon dah ada orang main calit-calit gula Melaka kat sudip, macam mana nak tunggu gula beku.. 

8. Kering je gula melaka tu, tutup api dan hidang.. Tak sempat nak tunggu gula beku, kita hidang laa dengan rupa berkilat macam tu.. ekekkeke..

Sumber dari blogger http://husnazahidi.blogspot.com/ , terima kasih di atas perkongsiannya, saya sudah cuba memang sedap, selamat memcuba kepada anda....

Previous
Next Post »