[ RESEPI ] TELUR DADAR ALA BUJANG


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA???
HARI INI SAYA NAK KONGSIKAN SATU RESEPI BUJANG YANG SENANG DAN CEPAT UNTUK DIMASAK,RESEPI KHAS DARI SAYA....



TELUR DADAR ALA BUJANG INI LAGI SEDAP DIMAKAN BERSAMA TOM YAM,SUP DAN SAYUR AIR,TAK KIRA APA PUN YANG BERKUAH,MAKAN APA PUN SEDAP....




TELUR DADAR ALA BUJANG

Bahan-bahannya

3 biji telur ayam (tak kisah telur saiz apa pun)
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi merah
beberapa helai daun cekak manis (sayur lain pun boleh)
garam secukup rasa
secebis maggi cukup rasa (sebagai penambah perasa)

Cara-caranya 

1-hiriskan bawang merah menjadi slices....

2-ketuk bawang putih dan cincang sampai halus...

3-hiriskan cili padi merah menjadi slice yang kecil-kecil...

4-daun cekak manis tidak perlu di potong...

5-pecahkan telur kedalam mangkuk,masukkan bawang merah,bawang putih,cili padi,garam, maggie cukup rasa dan daun cekuk manis,gaulkan sehingga sebati...

6-panaskan minyak dan goreng sehingga telur nampak bewarna kuning seperti coklat,balik dan angkat telur tersebut,pastikan di tengah-tengah telur tersebut masak sepenuhnya...

Cadangan Untuk Hidangan

hidangkan bersama tom yam,sup atau hidangan yang berkuah lain,pasti membuka selera anda...

terima kasih , jumpa lagi di post yang lain....
"blogger adalah hobiku di masa lapang dan ketika boring"
idea masing-masing berbeza...

_SEE YOU NEXT TIME OR POST_

Previous
Next Post »