[RESEPI] Laksam Kelantan............

Resepi Laksam Kelantan



Resepi laksam (12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak




campur semua bahan2 diatas sehingga sebati dan ketepikan sebentar

* Panaskan periuk kukusan , sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak.
* Masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk .Jgn tebal jgn nipis. Agak2 la ye,kalau saya guna 3 senduk setiap adunan, kukus dlm 5 minit.
* Angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk.
* Guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang. Terus gulung dr loyang tersebut hingga habis.
* Kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis.
.
.
Kuah laksam 6 orang makan

3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih.. 
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur
.
.

* Ikan yang direbus diambil isinya sahaja dan air rebusan 
* Bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran.
* Masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi dan masukkan baki air rebusan ikan .
* Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula.
* Masak hingga mendidih dgn api sederhana.

..................................................
Nota: belacan bakar- jika suka, masukkan dlm laksam

Dihiris halus :
ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis

Sambal laksam :
Semuanya kisar/tumbuk halus
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit 
.
.
Previous
Next Post »