[RESEPI] Cara buat jeruk mangga asam boi....


Cara buat jeruk mangga asam boi. 
.
Mangga asam boi atau jeruk mangga asam boi kini menjadi “trending” di facebook apabila resepi mudah ini tersebar luas di internet.
Ramai rakan-rakan di facebook telah cuba membuat sendiri mangga asam boi yang mudah dan cepat ini. Hanya memerlukan beberapa jenis bahan-bahan dan cara yang agak mudah semua orang boleh membuat mangga asam boi ini dengan mudah.



Ramai rakan di media sosial kebelakangan ini memuatnaik gambar mangga asam boi. Melihat gambar mangga asam boi ini sahaja sudah membuatkan ramai kecur air liur. Sungguh menyelerakan. Kepada peminat asam atau mangga pasti tertarik dengan resepi ini.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara membuat jeruk mangga asam boi. Caranya sangat mudah dan cepat.


Bahan-bahan:
1. 3 biji mangga muda
2. 15 biji asam boi
3. 5 biji cili api
4. 3 cawan gula

Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan. Masukkan beberapa jam di dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan.
Previous
Next Post »