Kelas ALL STAR pizza hut....


Day one class

Perjalanan saya bermula dari taman semarak,nilai,negeri sembilan.

Seawal jam 5:30pagi bangun Dari tidur Dan bersiap,dalam jam pukul 6:00pagi bergerak ke stesen komuter iaitu KTM BATANG BENAR,seawal jam 7:30pagi tiba di stesen KL SENTRAL , KUALA LUMPUR,bertukar menaiki MONOREL pada jam 7:45pagi turun di stesen Raja chulan berjalan kaki dalam 5/10minit Dan tiba pada jam 8:00pagi di wisma KFC HOLDINGS,alhamdulillah bertemu seorang sahabat Dari PHD muar,johor bharu,mujurlah dia jenis seorang yang mesra...

Kelas bermula lewat dalam jam 9:30pagi...



Sebelum kelas bermula kita orang memperkenalkan diri masing-masing,miss yang mengajar kitorang bernama miss norizan,beliau sangat sporting Dan sungguh baik,mujurlah tidak dapat jenis yang garang....

Inilah team kitorang,masing-masing Dari store,Bandar Dan negeri berbeza,yang paling jauh Dari pekan,Pahang,muar,johor,gua musang,Kelantan...

Hari pertama kelas kitorang belajar banyak perkara,contohnya,bagaimana nak menangani masalah-masalah yang seeing berlaku di restoran atau deliry,cara nak serf customer Dan lain-lain lagi,saya pun sudah lupa...

Day two class

Hari kedua kelas saya bergerak seperti biasa Dari jam 6:00pagi:taman semarak,Nilai,6:30pagi:naik komuter di KTM batang benar,Nilai,7:40pagi:sampai di stesen KL sentral,7:45:naik monorel di Kl sentral ke raja chulan Dan sampai pukul 8:00pg di wisma KFC HOLDINGS jln sultan Ismail....

Sampai saja di wisma KFC tiba ada orang cakap kelas start lewat dalam pukul 10:00pagi,so kitorang lepak dahulu Dan berborak kosong....

Hari kedua kelas kitorang adalah sesi pembentangan Dan teori,masing-masing membuat pembentangan tentang isu-isu semasa,memang tidak kena-mengena dengan kelas,tapi kata miss norizan "pembentangan itu hanya untuk melatih kau orang bercakap...."

Akhirnya kelas kitorang tamat jam 6:00petang,masing-masing mendapat sijil Dan hadiah...

Sebelum masing-masing pulang berpisah Dan pulang ke tempat masing-masing, kitor ang bergambar dahulu dengan miss norizan...

Kelas sudah pun tamat Dan masing-masing perlu berjuang untuk menjaga store...

Berpisah bukan untuk selamanya,insyaallah kalau ada umur yang panjang dapat kita bertemu lagi,saya akan sentiasa doakan kau orang berjaya dalam apa jua bidang...

.....Good luck to all new my friends.....


Previous
Next Post »